Lembah Tutorial
Facebook Twitter RSS

Pindahkan My Documents Ke Partition/Drive Lain

Tutorial ini hanya untuk sistem operasi Windows XP
Salam sejahtera. My Documents merupakan sebuah folder default bagi pengguna Windows. My Documents adalah ruang storan yang terletak dalam partition yang sama dengan fail sistem operasi anda. Dan berkemungkinan besar anda akan terlebih menggunakan ruang storan yang ada. Buat pengetahuan anda, ruang partition Windows anda yang "sempit" akan menyukarkan windows anda untuk swap. Hal ini akan membuatkan prestasi windows anda akan merudum. Oleh itu, anda perlulah memberi sedikit-sebanyak ruang dalam partition/drive anda. Mungkin dengan tips ini dapat mengatasi masalah ini. Selain itu, anda juga dapat menyelamatkan fail-fail yang terdapat dalam My Documents jika anda terpaksa memformat sistem anda. Pasal swap tu, saya akan ceritakan di tutorial yang lain.



Jika anda mahukan folder My Document anda dipindahkan ke partition lain, sila ikut langkah dibawah.

Langkah 1: Pergi ke partition atau drive yang anda ingin meletakkan My Documents. Buat folder baru disitu dan diberi nama "My Documents"

Langkah 2: Klik butang START dan klik kanan pada My Document

Langkah 3: Anda akan nampak tetingkap seperti di bawah. Taip nama drive/partition yang anda telah letakkan My Documents yang baru seperti dari langkah satu. Pastikan anda menaip huruf dan / seperti dalam gambar.

Langkah 4: Klik move, dan Windows akan menjalankan proses seterusnya. Kini, anda telah berjaya memindahkan folder My Documents anda ke partition/drive lain.