Lembah Tutorial
Facebook Twitter RSS

Semak semua emel anda secara automatik

Sebagai seorang pengguna internet, anda mungkin mempunyai pelbagai akaun emel bagi tujuan berlainanan. Begitu juga penulis. Penulis sahaja mempunyai 5 emel dari akaun yang berlainan. Tentu agak menyukarkan apabila setiap kali anda mengakses internet, anda terpaksa menyemak setiap emel. Tetapi dengan POPPeeper, proses untuk menyemak akan menjadi lebih mudah.

POP Peeper merupakan perisian percuma dan anda perlu membayar untuk mendapatkan versi premium. Walaubagaimanapun, bagi pengguna biasa, perisian ini sudah cukup sekadar versi percuma. Perisian ini akan menjalankan Mail Check setiap sela masa yang kita telah tetapkan. Contohnya, jika penulis menetapkan supaya kesemua emel perlu diperiksa setiap 10 minit, maka perisian ini akan membuat semakan setiap 10 minit. Dan setelah selesai, jika ada emel baru, anda akan diberitahu dengan tetingkap kecil di system tray anda. Anda hanya perlu membuka POP Peeper dan membaca emel terus dari perisian ini. Mudah bukan?

Penulis akan berkongsi bagaimana mengubah setting bagi perisian ini. Selamat mencuba.



Langkah 1: Klik sini untuk muaturun perisian POP Peeper dan install

Langkah 2: Tekan butang "Create Account" seperti dalam gambar di bawah

Langkah 3: Klik butang "Create Single Account"

Langkah 4: Isi alamat emel anda

Langkah 5: Isi nama akaun anda. Contoh: Emel ABC. Bagi no 2, telah ditetapkan secara automatik dan no 3, anda boleh mengubah mengikut warna pilihan anda.

Langkah 6: Isi maklumat akaun anda

Langkah 7: Pengisian maklumat emel anda selesai. Dan anda perlu klik pada butang "Check Mail" untuk mengemaskini inbox emel anda.

Tambahan:
1. Untuk menambah emel hanya perlu mengulang langkah di atas.
2. Sebagai tips, anda dicadangkan untuk meletakkan sela masa selama 30 minit sekali periksa supaya lebih efisien.
3. Warna mewakini akaun emel yang berbeza.
4. Anda juga boleh menulis emel dari perisian ini juga