Salam sejahtera. Secara umumnya, sudah pasti kesemua pelayar web sudah lali menggunakan pelayar-pelayar seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Chrome dan sebagainya. Mungkin tidak terlalu cekap, tetapi anda sudah mahir menggunakan pelayar anda secara asasnya. Banyak shortcut yang telah direka bagi setiap pembangun pelayar untuk memudahkan pengguna. Dan antaranya yang secara umum bagi semua browser adalah fungsi Ctrl + Klik. Membawa maksud anda menekan butang Ctrl di papan kekunci anda, tanpa melepaskannya, seterusnya anda hanya tekan link yang anda mahu. Sebuah tab/page baru akan terbuka.
Cara biasa yang digunakan |
Apa yang penulis hendak kongsikan adalah apakah kegunaan shortcut ini. Kebiasaannya pengguna akan membuka satu link baru di page yang baru iaitu dengan klik pada kanan mouse dan klik "Open In New Page/Tab". Anda sudah pasti tidak mahu "meninggalkan" laman web asal setelah klik pada mana-mana link di laman tersebut bukan? Walaubagaimanapun cara ini adalah lebih lambat bagi sesetengah mereka yang agak malas melalui langkah yang banyak. Selamat mencuba.
Cara yang paling mudah adalah dengan mengikuti langkah seperti di bawah:
Tekan salah satu
Tekan salah satu |
Langkah 2: KLIK mana-mana link pilihan anda. Pastikan ketika anda KLIK, anda masih menekan butang CTRL
Langkah 3: Sebuah tab/page baru akan muncul dengan link yang telah anda klik.