Assalamualaikum, memandangkan ini adalah post aku yang pertama untuk Lembah Tutorial ni aku ingin memohon maaf jika ada kesilapan yang mungkin tidak disengajakan. :)
Berbalik pada tajuk kat atas tu. NOTE: Post ini khas untuk pengguna Blackberry saje tau! huhu. Tak kiralah version apa korang pakai. Baiklah, korang pernah tak mengalami blackberry kesayangan korang tetiba restart dan restart lagi tanpa henti sampailah bateri korang habes pon dia takkan Stop!. Oh perhatian! BATERY PULL takkan dapat menyelesaikan masalah ni.
Masalah yang korang alami ni adalah sebagai NUKED BLACKBERRY. Di mana blackberry korang akan mengalami satu kitaran me-Rebootkan sistem OS tanpa henti-henti dan segan silu. Dan awas! Kalau korang hantar blackberry korang ni kat service provider,or kedai yang korang beli, comfirm dorang akan cakap Blackberry korang total lost. Samada dorang ganti baru (lagi bagus kan? huhu) atau tak leh buat pape lagi.
NUKED BLACKBERRY sebenarnya bukanlah perkara asing bagi pengguna blackberry. Sebab utama korang terkena NUKED BLACKBERRY ialah bila korang install applications yang tidak compitable dgn OS blackberry korang.
Macamana nak baiki NUKED BLACKBERRY ni?
Caranya amat mudah dan senang skali, iaitu Wipe-Out OS blackberry korang. Memandangkan blackberry korang lansung tak boleh on disaat ini, dimana bila korang plug je USB port kat PC korang, korang hanya akan dengar (USB Detected/Unpluged), dan ini tidak memungkin kan anda untuk melakukan prosess wipe-out OS dan install OS baru menggunakan Blackberry Desktop Manager. Apa yang perlukan ialah :
2) Blackberry Operating System. DOWNLOAD DISINI dan install.
Untuk BOLD 2 dan CURVE di rekemenkan korang download OS5.0 dan BOLD 3 boleh lah guna OS6.0
1. Install Blackberry Desktop Manager dan cari "Apps Loader" dan mulakan aplikasi. Pergi ke C:\Program Files>Common Files>Research In Motion>AppLoader
.
klik Next
2. Plug-in kan blackberry korang kepada USB, Connection status kat atas akan bertukar kepada USB-PIN:UNKNOWN
Setelah diplug kan pada USB. Klik NEXT.
TIPS: Pastikan bateri dibuang semasa prosess di jalankan. |
3. Sekarang korang sudah bersedia untk Wipe-out fresh installation kat blackberry korang. Hanya ikut arahan-arahan dari app loader.
Klik NEXT, pilih dan OS dan aplikasi yang diperlukan seperti, BBM, BBmaps dll. |
4. Selepas korang pilih aplikasi yang diinginkan, klik next dan tunggu sahaja proses pemasangan siap. ia akan memakan masa 20-45 minit bergantung kepada kelajuan komputer korang.
Pemasangan siap Sekarang blackberry korang dah kembali seperti yang baru, tiada lagi NUKED BLACKBERRY. Amaran: Memandangkan NUKED BLACKBERRY lansung tidak boleh di hidupkan, adalah mustahil proses backup file dilakukan. Proses Wipe-Out akan membuang semua file dalam blackberry korang.Untuk lebih jelas lagi rujuk video di atas. |