Lembah Tutorial
Facebook Twitter RSS

5 Extension Mesti Dicuba Untuk Chrome Browser

Kali ini penulis akan berkongsi beberapa perkara mengenai Google Chrome. Seperti yang semua tahu, Chrome merupakan sebuah pelayar laman web yang fungsinya hampir sama dengan pelajar-pelayar web terkenal seperti Internet Explorer, Firefox, Safari, Opera dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, setiap pelayar(browser) mempunyai keistimewaan tertentu dan mengikut selera setiap penggunanya.

Chrome merupakan pelayar web yang dibangunkan oleh Google. Sepanjang penggunaan pelayar ini, keistimewaan yang penulis dapat rasa adalah kelajuan untuk sesuatu laman web itu dipaparkan adalah lebih laju. Tetapi anda perlu ingat, kelajuan sesuatu laman web itu bergantung kepada banyak perkara contohnya seperti spesifikasi komputer, jenis laman web, faktor ping, kelajuan internet anda, dan banyak lagi. Jadi ia begitu subjektif.

Chrome juga dilengkapi dengan extension seperti mana pelayar web lain. Beruntung kerana pembangunan extension begitu pesat kerana semakin hari jumlah extension yang disediakan semakin banyak. Extension amat berguna bagi pengguna Chrome kerana ia amat memudahkan kerja ketika sedang melayari laman web dan memberi suasana interaktif kepada pengguna. Tanpa membuang masa, di bawah merupakan 5 extension pilihan penulis untuk dicuba oleh anda. Selamat mencuba.

1. FastestChrome

Carian dalam wikipedia lebih mudah
Apabila kali pertama mencuba extension ini, penulis telah tertarik dengan penggunaannya. Dalam kata extension ini memudahkan proses navigasi laman web. Contohnya, seperti penulis hendak menggunakan laman carian google untuk mencari maklumat mengenai "Kuala Kumpur". Seperti yang sedia tahu, Kuala Lumpur mungkin mempunyai keputusan carian hampir berjuta-juta dan anda perlu pergi muka demi muka untuk mencari laman yang betul. Dengan fastestchrome anda hanya perlu scroll sehingga ke bawah dan muka seterusnya akan bersambung terus ke bawah. Mudahkan? Selain itu anda boleh menggunakan maklumat wikipedia dengan meng-highlight teks tersebut. Contohnya jika anda higtlight perkataan hotel, sebuah buble akan muncul diatas cursor anda menerangkan maksud hotel tersebut. Carian google juga boleh dibuat dengan hightlight teks dan tekan logo google yang muncul di atas cursor anda.

Muka surat kedua carian google hanya perlu scroll ke bawah

2. PrayOnTime

Icon PrayOnTime
Extension ini khas untuk mereka yang beragama Islam. Anda mungkin mempunyai beberapa aplikasi yang memberi maklumat mengenai waktu solat di tempat anda tetapi anda juga boleh mencuba extension ini. Bersyukur kerana extension ini diwujudkan. Sekurang-kurangnya umat Islam tidak mudah lalai ketika melayari laman web. Anda hanya perlu install dan mengikut langkah-langkah yang telah diberikan.
Antaramuka yang mudah

3. Facebook Rounder

Anda mungkin mempunyai akaun Facebook bukan. Dan pasti setiap hari, anda akan menyemak akaun Facebook sebagai rutin harian anda. Walaupun Facebook mempunyai beberapa perubahan dalam tahun ini, tetapi dari segi antaramuka ia tetap nampak kurang peningkatan. Apa kata anda mencuba Facebook Rounder? Dengan extension ini, setiap kotak(box) tidak kira sama ada photo box, comment box, setiap bucunya akan berubah menjadi sedikit melengkung. Dan ini akan menjadikan laman anda lebih menarik untuk dilihat. Tapi ingat, hanya anda sahaja yang dapat lihat Facebook anda telah berubah.
Sebelum pasang extension
Selepas pasang extension

4. Facebook Photo Zoom

Fungsi On Off ada di sebelah fungsi chat
Satu lagi extension menarik untuk pengguna Facebook. Anda tidak perlu klik pada gambar untuk melihat gambar dengan lebih jelas. Mungkin ketika anda berapa di seksyen wall, anda akan nampak primary photo rakan-rakan anda terlalu kecil. Dengan extension ini, anda hanya perlu menggerakkan mouse anda ke atas gambar tersebut dan secara automatik sebuah tetingkap akan muncul di sebelah cursor anda. Menjimatkan masa anda untuk melihat gambar-gambar rakan anda bukan?
Gerakkan cursor ke gambar dan sebuah kotak akan muncul

5. Turn Off The Light
Icon mentol adalah "suis lampu" tersebut

Anda mungkin penonton setia video-video streaming di YouTube dan laman-laman streaming yang lain. Dan video yang dipaparkan mungkin agak kecil dan dikelilingi dengan teks-teks, gambar-gambar yang mengganggu tumpuan anda. Jika begitu, anda hanya tekan "Turn Off The Light" dan seterusnya ia akan "menutup" ruang sekitar video anda seakan-akan anda sedang menonton TV dalam bilik yang gelap. Menarik bukan?
Setelah lampu ditutup