
Sebagai contoh, setiap 6 bulan sekali anda akan menghantar komputer/laptop anda untuk diservis. Dengan mengetahui tarikh sebenar windows dipasang anda dapat merancang masa untuk servis komputer anda. Sila ikut langkah seperti dibawah.
Langkah 1: Klik Start -> Run atau tekan butang CTRL+R, taip cmd di dalam kotak tersebut dan tekan ENTER
Langkah 2: Sebuah tetingkap hitam atau dipanggil command prompt akan keluar seperti gambar dibawah
Langkah 3: Anda hanya perlu menaip beberapa perkataan seperti di bawah dan tekan ENTER
systeminfo | find “Original Install Date”
Langkah 4: Sila tunggu. Setelah selesai anda akan dapat lihat tarikh tersebut seperti dalam kotak merah dibawah.
Langkah 5: Tarikh dalam imej diatas menunjukkan Windows anda telah dipasang pada 26/5/2009 pada pukul 1.42 petang. Selamat mencuba.
Nota: Tutorial ini telah dicuba pada Windows XP, Windows Vista dan Windows 7