Lembah Tutorial
Facebook Twitter RSS

Fotografi : teknik Closed-Up

Teknik closed-up fotografi amat sesuai untuk anda yang berjiwab abstrak dan ingin mengambil sesebuah gambar yang penuh "moment" samada dari segi bentuk mahupun ekspresi muka seseorang dan sesuatu. 

Ikutilah tips berikut untuk mendapatkan hasil yang terbaik:

1.Tripod akan membantu dalam mendapatkan hasil yang lebih sharp di mana ianya akan mengurangkan kemungkinan gambar anda akan kelihatan bergegar. Dan anda juga boleh gunakan shutter kawalan jauh atau cable release shutter. Melainkan anda mempunyai tangan yang kuat.

2. Aperture yang besar tidak membantu, jadikan gunakan aperture yang kecil seperti f8. Kenapa? , Penggunaan aperture yang kecil sangat membantu dalam mendapat hasil yang lebih sharp. Ini kerana kawasan yang akan berada di dalam fokus lebih luas atau Depth of Field yang lebih luas.



3. Dapatkan background yang kemas dan tidak terlalu terang. Background yang terang akan membuatkan subjek anda kurang menonjol. Jadi pemilihan background yang mempunyai warna gelap adalah paling sesuai.
4. Dekatkan lens anda dengan subjek. Dan gunakan fokal length yang jauh. Sebagai contoh, gunakan zoom lens (contoh 18-200mm) dan gunakan 200mm. Ini akan membantu anda membuang sebarang gangguan di background subjek anda dan membantu menghasilkan bokeh.
5. Berhati-hati dengan composition anda. Gunakan rule of third sebagaimana yang pernah dibincangkan.Sebagai contoh gambar di bawah.
6) Terakhir, jadi lebih kreatif. Close up atau macro memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Inilah faktor yang membuatkan gambar anda lebih menonjol daripada orang lain. Sentiasa peka terhadap bentuk-bentuk abstrak, warna dan garisan pada subjek anda.