Lembah Tutorial
Facebook Twitter RSS

Fotografi : Teknik ambil gambar potret

Bagi peminat fotografi di luar sana yang ingin berjinak-jinak dalam dunia fotografi. Mengambil gambar potret memerlukan kepakaran. Apalah guna anda membeli camera DSRL semata-mata tetapi shoot potret anda tak seberapa. huhu. 


Disini saya ingin berkongsi tips mudah untuk mengambil gambar potret. 

Apakah faktor yang perlu anda pertimbangkan kalau nak tangkap gambar portret ?
1) Latar Belakang / Background(BG) – BG yang menarik, dan tak berserabut macam sabut kelapa adalah penting dalam menentukan samada portret anda berjaya ke tak… Sebagai contoh… Jangan lah anda ambil gambar portret dengan memasukan sekali signboard2 yang tak patut seperti signboard jamban ke unless, ianya juga turut membantu dalam menguatkan element di dalam gambar tersebut. Ada juga cara lain untuk “membuang” BG anda refer gambar ini 


BG yang blur jer ini dinamakan Bokeh. Bokeh merupakan lawan kepada sharpness atau fokus… Bokeh berasal dari bahasa jepun boke yang  jika di direct translatekan bermaksud fuzzy. Bagaimana andanak dapat “bokeh” ni pakai kamera kompak anda? haaa…. camni… kamera anda mesti bole zoom kan? jadi anda zoom in ke subjek  pada jarak yang paling minimum yang muat untuk anda masuk kan at least setengah badan. Contoh seperti gambar heroin kita. Mungkin anda tak dapat kualiti background blur/bokeh yang sama.

2) Pengcahayaan –  pernah tak ambil gambar membelakangkan matahari?  dan gambar anda jadi gelap? pernah kan. Oleh itu gunakan lah flash untuk situasi tersebut dan sebaiknya, elak kan daripada membelakangkan matahari kalau tak, akan terhasil lah effect silhouette . Sebaiknya, anda ambil gambar kat bawah pokok di mana pokok akan bertindak menjadi sebagai pelembut/diffuser untuk mengurangkan keterikan matahari.  Lagi pun, buat ape berdiri tengah panas ? Walau bagaimana pun, tak semestinya membelakangkan matahari itu tak elok, anda bole membuat effect yang sangat menarik sebenarnye tapi jangan le time tengah2 hari tu sebagai contoh

Gambar di atas di ambil kira2 jam 6.30 petang waktu malaysia. perhatikan bagaimana matahari telah menghasilkan outline yang menarik pada belakang  subject saya. pengcahayaan begini di capai tanpa penggunaan sebarang flash hanya teknik exposure yang betul sahaja. yang anda boleh capai dengan apa2 kamera sekalipun. Tapi bukan sahaja membelakangkan matahari atau backlight sahaja menarik, meng-tepi-kan matahari atau side lighting pun boleh menghasilkan effect yang menarik juga. Contoh seperti gambar di bawah. Kedua2 effect ini membantu membuatkan subject anda lebih terampil / stand out dari background dia.


Selamat mencuba :)